Quantcast
Channel: MEMMETLENGGENG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 74

Pengalaman di KL Bird Park @ Taman Burung KL

$
0
0
Sekali sekala saya bawa juga anak berjalan-jalan. Tapi tidaklah sampai ke luar negara sana. Dalam negara pun banyak juga tempat menarik. Bagi yang mampu ke luar negara baik juga, itu rezeki masing-masing. KL Bird Park ini adalah antara taman burung yang terbesar di Malaysia. Banyak burung dari pelbagai spesis dan bagus untuk tambah pengetahuan. Cuma ada sedikit bauan tidak menyenangkan, tetapi tidaklah terlalu mengganggu. Masih selesa untuk berjalan-jalan. Mengenali nature alam adalah satu ilmu yang sangat berharga.

Kedudukan KL Bird Park

KL Bird Park ini memang sangat strategik tempatnya. Ia terletak ditengah-tengah pusat perlancongan KL. Di sekelilingnya ada planetarium, taman rusa, taman orkid, taman rama-rama, pelbagai jenis muzium (muzium polis, muzium islam, muzium negara) dan lake garden. Jadi kalau sudah ke sini, boleh juga pergi ketempat-tempat yang disebutkan di atas. Ia sangat berbaloi, hanya dalam satu kawasan, anda akan menikmati banyak tempat perlancongan.

Cara ke KL Bird Park

Untuk yang kali pertama datang dan tidak mahir pula jalan-jalan di Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk, boleh menggunakan sistem GPS atau print dahulu peta kawasan ini. Walau bagaimanapun saya akan memberi sedikit tips mengikut kepada landmark bangunan di Kuala Lumpur.

Jika dari tol sungai besi

Highway PLUS (tol Sungai Besi) - Jalan KL-Seremban Highway (Landmark Lapangan terbang TUDM sebelah kiri) - Jalan Istana (Muzium Istana sebelah kiri) -Jalan Damansara (Muzium Negara sebelah kiri)- U-turn dari depan muzium ke Jalan Travers/Jalan Damansara (Muzium Negara sebelah kiri)-Jalan Sultan Hishamudin (masjid negara)-Jalan Perdana (masjid negara sebelah kanan)

Senang cerita, beberapa land mark yang harus diikut dan dikenal pasti untuk kesini dari Sungai Besi ialah Lapangan terbang TUDM (kiri), Istana negara (kiri), Muzium Negara (kiri), roundbout yang boleh nampak Masjid Negara (masuk susur ke masjid ini), Muzium Islam dan Pusat Kesenian Islam.

Jika dari Tol Jalan Duta

Keluar dari Tol Jalan Duta, ambil susur kiri, Jalan Duta-Sungai Buloh. Teruskan mengikut highway ini, sampai ke Jalan Duta, mungkin jalannya agak berbelit sedikit untuk yang tidak ada pengalaman langsung datang ke sini, oleh itu mestilah berhati-hati dan ikutlah pesanan GPS anda, kecuali jika ia menipu, nasib badanlah. Dari Jalan Duta boleh nampak susur ke Kedutaan India di sebelah kiri (jika ia masih di situ). Kemudian, teruskan sehingga nampak banggunan parlimen yang tinggi dan gagah (di sebelah kiri juga). Sebaik nampak bangunan parlimen, tetapkan laluan di sebelah kiri dan masuk susur laluan Jalan Parlimen. Dari Jalan Parlimen, jumpa simpang empat dan ambil simpang kanan ke Jalan Cenderawasih. Jalan Cenderawasih ini akan membawa anda ke KL Bird Park dan kawasan-kawasan perlancongan berdekatan yang lain. Perjalanan dari tol ke sini hanyalah dalam 10-15 minit sahaja jika jalan tidak jam.

Ringkasan peta dari bangunan parlimen ke KL Bird Park
Waktu buka

9 hingga  7 petang
-Tetapi tiket terakhir di jual adalah pada pukul 6 petang

Harga tiket

Dewasa : RM 25
Kanak-kanak : RM 12
-warganegara mesti menunjukkan kad pengenalan
-tidak ada keistimewaan untuk warga tua dan OKU, kesemuanya harus membayar harga yang sama

Makanan dan minuman

Taman persendirian seperti ini tidak membenarkan makanan luar dibawa masuk. Di dalam terdapat restoran. Tetapi harga makanan di restorannya amatlah mahal. Anda boleh siap-siap makan diluar atau masak sahaja dan berkelah di Lake Garden. Saya masak mee dan nugget, buat air milo dan bawa air kosong sendiri. Lebih jimat. Ada sebab mengapa makanan tidak dibenarkan dibawa masuk, maklumlah, manusia ni banyak perangai, jenis yang faham bahasa, tak beri burung makan dan tak buang sampah merata tak apa. Jenis yang tak makan saman tu yang payah. Sudahnya, tak dibenarkan langsung lagi senang. Tapi ada juga yang curi-curi bawa. Biasalah, adat manusia memang degil.

Peta dalaman KL Bird park

KL Bird park ini besar juga. Agak jenuh berjalan. Bagi yang membawa anak kecil, warga emas atau OKU, saya nasihatkan bawa stroller atau kerusi roda. Terdapat empat zon kesemuanya, seperti yang boleh dilihat di map di bawah. Pastikan anda datang ke semua zon barulah lengkap perjalanan. Saya sekeluarga hanya keluar dari taman ini pada jam 7 petang. Patikan juga anda baca semua aktiviti yang dijalankan, seperti pertunjukan burung, pemberian makanan dan sebagainya, kerana rugi kalau terlepas.


tiket
pintu masuk ke setiap zon
Aktiviti-aktiviti dalam Bird park

Selain melihat jenis-jenis burung yang tidak mudah dilihat di luar sana, KL Bird Park turut menyediakan aktiviti-aktiviti menarik untuk pelawat. Antaranya ialah :

Pertunjukan burung
Pemberian makanan di beberapa zon
Sesi bergambar dengan burung
(boleh rujuk di sini untuk mengetahui masa aktiviti-aktiviti tersebut)

Tips-tips

1.Bawa siling untuk beli makanan burung yang dijual dalam box-box di tempat tertentu. Rugi bila tidak dapat beri burung ini makan.
2.Bawa air mineral yang mencukupi.
3.Pastikan kamera ada cukup bateri dan sd card yang kosong, kerana banyak gambar menarik yang akan di rakam.
4.Tidak perlu kejar burung-burung ini mereka akan melintas sendiri depan anda. Terdapat burung-burung yang jinak dan sengaja dilepaskan. Kanak-kanak sangat suka.
5.Pakailah baju yang simple dan tidak panas terutama untuk kanak-kanak. Anda akan berjalan dalam satu jangka yang agak lama dan panjang.
6.Parking kereta memang sentiasa penuh pada musim cuti sekolah, jadi pandai-pandailah

Boleh lihat sendiri laman web KL Bird Park di sini

Gambar-gambar untuk rujukan























































































Viewing all articles
Browse latest Browse all 74