Quantcast
Channel: MEMMETLENGGENG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 74

Tentang Panda

$
0
0
Tahukah anda, banyak mata sedang memerhati gerak langkah Malaysia dan China dan sejauh mana perhubungan kedua negara itu? 

Entry ini bukan berkenaan politik. Ia adalah lebih kepada dasar kepentingan negara.

Agar sukar juga untuk menerangkan tentang apa keperluan kehadiran panda itu, terutama sekali kepada orang-orang yang telah banyak dipengaruhi agenda jahat dalam memburuk-burukan negara sendiri. Ramai benar orang yang mengkritik dan menyindir-nyindir dan satu-satunya perkara yang dijadikan drama dalam mempertikaikan isu ini ialah kos penyelenggaraan yang makan juta-juta. Saya percaya, ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat saya. Tetapi adakah anda fikir kos penyelenggaraan haiwan lain tidak makan jutaan ringgit?

Setiap orang mempunyai pendapat mereka tersendiri, sama ada positif, negatif, berkecuali atau ada aku kesah?

Pada saya plot utama penerimaan panda itu bukanlah untuk industri perlancongan.

Industri perlancongan hanyalah menjadi sub bonus sahaja. Kerajaan tidak terlalu bodoh untuk menyewa panda bagi tujuan di atas. Mereka mempunyai dasar tersendiri. Kalau hendak di kira tentang keuntungan, tidak mungkin ia sebanyak yang di canang-canangkan. Orang yang buta matematik pun tahu berfikir. Bukan semua yang berada dalam kerajaan orang politik dan  mereka juga bukan orang-orang yang bodoh. Sudah tentu mereka tahu apa implikasinya membawa panda itu masuk. Jika ada implikasi yang buruk, pasti sejak awal-awal lagi mereka sudah bersuara.

Orang tidak akan percaya jika kerajaan sekadar bercakap hubungan Malaysia dan China  adalah baik dan mesra. Jadi perlu ada beberapa elemen tahap medium yang tidak terlalu berat sebagai sokongan untuk mengesahkan perhubungan baik ini dalam jangkamasa yang panjang (kalau anda ingat, jumlah pajakkan panda itu adalah 10 tahun). Panda itu adalah simbolik atau sekadar bahan yang menjadi tunjuk sebab kepada mata dunia, bahawa hubungan politik antara dua negara masih erat dan baik.

Mengadakan perjanjian mesra menggunakan bahan yang tidak berisiko tinggi merupakan satu kaedah yang dilakukan secara halus untuk menutup desas-desus pihak lain tentang perhubungan dingin ke dua negara. Ia sekaligus meranapkan impian bagi pihak yang berkeinginan menyaksikan keretakan perhubungan Malaysia dan China dan seterusnya mengambil kesempatan.

Memang betul ada jalan lain yang lebih baik dalam memantapkan hubungan kedua-dua negara, tetapi adakah jaminan ia akan berjaya, kosnya menjadi lebih rendah dan ia akan bertahan lama? (Cuba memperbaiki hubungan dengan contoh seperti membina kilang atau mengadakan perjanjian-perjanjian tertentu adalah lebih berisiko)

Kehadiran panda itu mempunyai agenda tersendiri yang tidak begitu difahami oleh kebanyakan rakyat-rakyat yang marhaen ini (selain melihat kosnya sahaja). Ia ibarat pepatah "menarik rambut di dalam tepung" atau "sambil menyelam sambil minum air". Saya tidak fikir, sistem kehidupan rakyat di Malaysia akan terjejas hanya dengan menyelenggara kos panda itu. Setakat ini kita masih mampu makan nasi dan pelbagai jenis lauk disamping menutup aurat masing-masing. Kalau ada yang miskin, ia bukanlah disebabkan kehadiran panda itu. Lagipun kehadirannya adalah dengan penajaan.

Pada saya, hentikan saja budaya ejek mengejek, kerana ia tidak menguntungkan. Negara hanya akan lebih rugi apabila  sudah tidak dipercayai lagi di mata dunia. Terbangkan sedikit diri kita keatas dan lihatlah dunia ini serta masa depan negara melalui skop yang lebih luas. Jangan menjadi seperti katak dibawah tempurung. Berbunyi banyak sangat tetapi ia tidak faham tentang dunia luarnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 74