Quantcast
Channel: MEMMETLENGGENG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 74

Fotografi murah

$
0
0
Ini namanya rezeki terpijak

Saya bukan jurugambar profesional. Tapi entah macamana, seorang kawan suami berminat untuk mendapatkan khidmat saya sebagai fotografer dalam satu majlis perkahwinan. Majlis yang kecil sahaja dan dia akan membayar saya RM500, katanya. Ternganga mulut sekejap, kerana inilah kali pertama saya ditawarkan sedemikian. Akhirnya, saya kata, saya tidak akan cas apa-apa, cuma dia perlu membayar kos untuk printing sahaja. Deal.

Kerana saya bukan jurugambar profesional dan saya tidak ada gadget-gadget yang canggih itu, cuak juga rasanya. Yang ada hanyalah Nikon D3100 dan Panasonic Lumix GX sahaja. Flash extra pun tarak. Cukup untuk menjadi bahan ketawa fotografer-fotografer profesional lain. Tapi saya gagahkan diri, sebelum keluar rumah habis segala macam doa saya baca untuk memudahkan urusan, harap-harapnya menjadilah kali ini.

Sebelum itu, saya saya ada tanya teknik pada beberapa orang jurugambar yang saya kenal di FB, tapi hampeh, tidak berjawab. Fahamlah saya, bukan senang nak menuntut ilmu dari orang. Mereka bayar ribu-raban beli lense, sampai boleh cecah harga viva sebijik, saya senang-senang tanya teknik pulak, haram, takkan di layan. Sedar diri sikit.

Jadi bagai nak raklah saya di majlis kenduri itu, walau hanya berseorangan tanpa bantuan dan ilmu yang ada sangat sedikit. Snap sana, snap sini, macam terer, tapi tuan rumah dah beri kepercayaan 100 peratus, sayapun kenalah bagi komitment 100 peratus juga. Kali ini saya guna mode manual, dengan ISO 400-1600 di bawah khemah. Aperture? Hancur. Maklumlah, orang baru belajar. Berbaloi juga pergi ke kelas fotografi dulu, tau sikit-sikit, taklah buta sangat.

Habis sahaja majlis, saya pun minta diri. Saya kata jangan bayar sampai siap segalanya. Tapi tuan rumah lebih degil dari saya, sudah menjadi rezeki untuk mendapat RM500, walaupun agak ralat juga. Bukan apa, saya amatur, gambar yang diambil pun bukan cantik sangat. Setakat gadget D3100 dan Panasonic lumix, tidak boleh buat apa, kecuali dengan bantuan photoshop agaknya.

Namun terima kasih tuan rumah itu yang telah beri kepercayaan besar pada saya. Barulah saya sedar, selama ini Tuhan sangat sayang pada saya, banyak punca rezeki yang telah ditunjuk, tapi saya yang tidak yakin atau malas kot? Moralnya, jika rajin, apapun boleh dibuat rezeki. Tapi jangan pula sombong dengan sedikit rezeki yang dikurniakan. Tuhan boleh tarik pada bila-bila masa sahaja. Insaf sikit.

Semoga pengantin itu akan kekal bahagia selama-lamanya di dunia dan di akhirat. Dan semoga saya akan menjadi lebih rajin dan lebih baik selepas ini. Aamin.

Err..gambar pinggan cukuplah ye..siap semua esok saya tunjuk
P/S : Kalau ada sesiapa nak dapatkan khidmat saya, silalah komen. Hanya RM500 berserta photobook, pocket Album (dengan gambar yg sudah di print), dan CD. Ado bran? Ha ha, saya mengalu-alukan, tapi gadget saya hanya nikon d3100 dan pana lumix ye...Jangan harap gambar macam Saiful Nang pulak.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 74