#Throwback
Ini adalah entry tertangguh. Tertangguhnya bukan sekejap, tetapi sudah berkejap-kejap. Mungkin lebih setahun. Haha. Tetapi saya masih gagah untuk berkongsi gambar. Untuk berkongsi cerita, sudah tidak begitu relevan agaknya. Takut-takut informasi yang dibagi tidak tepat pula.
Ini kali pertama saya ke Gambang. Ia sebuah tempat percutian yang besar dan sesuai untuk membawa anak-anak ketika musim cuti sekolah atau untuk mengadakan hari keluarga. Terdapat water-park, persembahan hiburan dan safari. Kanak-kanak pastinya gembira. Ada juga disediakan padang dan dewan. Jadi ia memang sesuai sesuai untuk seminar dan mesyuarat serta kem bina diri. Yang paling penting, ia ada singa!
Gambang sesuai untuk aktiviti keluarga kerana
1. Ada padang untuk melakukan sukan
2. Dewan untuk indoor aktiviti.
3. Bilik studio dan bilik apartment
4. Aktiviti persembahan malam pelbagai (Tarzan, red indian dll)
5. Tarikan singa putih (tak pasti masih ada atau tidak)
6. Safari
7. Waterpark yang besar
8. Aktiviti berkuda
Bilik-bilik disini adalah selesa dan bersih. Makanan juga pelbagai pilihan di sini.